Thursday 24 March 2011

SiNgLe SeMuLa

Tepat pukul 12.15 malam pada malam ini (24.3.2011 tapi kalau diikutkan da masuk 25.3.2011) saya bergelar single semula...hurm..tepat jam 12.15 jugalah air mata saya bercucuran jatuh membasahi selimut (yang telah setahun bersama saya)..belom pun abis mesej yang dikirim,air mata telah dahulu menemani saya...setelah seberapa ketika barulah saya sambung membaca kembali mesej yang dikirim...insan yang dipercayai mengaku telahpun menemui insan lain yang telah menawan hati sanubarinya bukan setakat itu sahaja...malah beliau juga telah mengaku bahawa beliau telahpun menemui kedua ibu bapa pasangan barunya itu...kedua ibu bapa pasangannya itu berkenan dengan beliau dan berhasrat mahu mengambilnya sebagai menantu...beliau berkata peluang untuk dia bersama pasangan barunya itu jauh lebih cerah berbanding saya...

Hubungan saya bersama dia mencecah 8bulan...tepat-tepat 8bulan hubungan kami...lantas dia memberi saya hadiah dia mempunyai pengarang jantung yang baru...dan mahu mendirikan rumahtangga bersama pengarang jantungnya itu...hadiah yang sangat indah untuk saya kenang sepanjang tempoh kami bersama...terima kasih abang...akan ku kenang hadiah ini...akan ku simpan hadiah ini sehingga akhir hayatku..dan berbahagialah kamu bersamanya...


Mungkin ini sudah takdir kepada diri ku ini...supaya lebih berhati-hati memilih pasangan hidup...supaya tidak tertipu dengan SYURGA-SYURGA DUNIAWI....sesungguhnya sungguh indah syurga duniawi kerana aku belum kenal syurga yang hakiki syurga yang telah ALLAH sediakan kepada hamba-hambaMU yang soleh dan bertawakal kepada segala nikmatMU YA ALLAH..kiranya mahu aku bandingkan syurga dunia dengan syurga akhirat sememangnya tidak terbanding langsung syurga dunia dengan syurga akhirat...kerana syurga akhirat hanyalah untuk hamba-hambaMU yang soleh dan taat kepadaMU YA ALLAH...dan syurga akhirat tersangat-sangat indah sehingga tidak langsung terlintas di fikiran manusia bagaimana indahnya syurga yang telah ALLAH sediakan untuk hambaNYA yang taat dan soleh kepadaNYA dan syurga inilah yang mahu aku huni...bukan syurga dunia yang penuh dengan penipuan ini...


Sungguh hinannya diri ini...ampunilah aku YA ALLAH...sungguh aku sangat kotor untuk menjejakkan kaki ke syurgaMU yang indah permai namun tidak pula aku sanggup ke nerakaMU kerana pasti aku tidak tahan dengan siksaan dariMU YA ALLAH...KAU ampunilah dosa-dosaku YA ALLAH...akan ku bersujud dan bertasbih kepadaMU YA ALLAH...KAU tetapkanlah keimananku...KAU tingkatkanlah keimananku kepadaMU...KAU suburkanlah cahaya keimananku kepadaMU...dan janganlah KAU palingkan aku daripada cahaya kasih sayangMU...KAU ujilah aku dengan ujian yang dapat aku tempuhi...Kau ujilah aku dengan ujian yang dapat meningkatkan keimananku kepadaMU YA ALLAH...sesungguhnya KAU MAHA BERKUASA ke atas aku...aku hanyalah hambaMU yang hina lagi jarang bersyukur...KAU ampunilah dosa-dosaku YA ALLAH...



No comments:

Post a Comment