Sunday 3 April 2011

dipersilakan pergi

dipersilakan kamu pergi dengan hormatnya sebagai mana dipersilakan kamu datang dahulu

aku tidak mampu menghalang

aku sakit bersama kamu

kamu sakit bersama aku

maka jalan terbaik adalah perpisahan

kamu juga telah mengakui bahawa ada ibu dan ayah insan lain yang telah dahulu "menjemputmu" menjadi menantunya tidak seperti ibu bapaku yang tidak mengendahkanmu

maka melangkahlah kau

pergi bersamanya

aku akan doakan kamu bahagia ke akhir hayat

jangan lagi kau mencari aku

berbahagialah dengannya

pasti tidak akan terasa sakit pabila bersamanya

dia pasti dapat memahamimu

tidak seperti diriku yang tidak pernah berjaya memahamimu

dia pasti membahagiakanmu

akan ku doakan kebahagiaan kalian walaupun diriku dibelit kesengsaraan perbuatan masa lampau..

No comments:

Post a Comment